Glitter Graphics | http://www.graphicsgrotto.com/

Selasa, 22 November 2011

Tugas, tanggungjawab dan peranan guru pemulihan

1. PENGENALAN
Pendidikan Pemulihan adalah satu cabang pendidikan khusus bagi mengatasi serba sedikit tentang masalah pendidikan yang timbul pada masa kini, khasnya bagi kanak-kanak yang nyata sekali menghadapi masalah pembelajaran serta tecicir dan ketinggalan dalam alam pendidikan jika dibandingkan dengan tingkat kebolehan lahiriah mereka.
2. PERANAN GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS
Guru Pendidikan Pemulihan Khas memainkan Lima Peranan Penting seperti berikut:
2.1 Peranan Sebagai Penilai ( An Assessment Role )
Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pemulihan khas.
Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti
masalah pembelajaran yang khusus yang dihadapi oleh murid-murid.
Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan tersusun.
2.2 Preskriptif ( Presciptive Role )
2.2.1 Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.
2.2.2 Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana keadaan memerlukan.
2.3 Peranan Pengajaran (A Teaching Therapentik)
2.3.1 Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan menghadapi masalah kemahiran asas 3M.
2.3.2 Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai “ team teaching ” / “ guru pendamping ” sekiranya perlu.
2.4 Peranan Khidmat Bantu ( A Supportive Role )
2.4.1 Membantu guru-guru merancang dan penambahbaikkan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
2.4.2 Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan kaedah mengajar murid-murid yang menghadapi masalah 3M.
2.5 Peranan Perhubungan ( A Liaison Role )
2.5.1 Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mendapatkan maklumat dan latar belakang murid.
2.5.2 Mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa
bagaimana mereka membantu demi kepentingan
pembelajaran anak-anak mereka.
3. TUGAS GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS
3.1 Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang terpilih dari Tahun 2 hingga Tahun 6. Keutamaan hendaklah diberi kepada murid-murid Tahun 1 hingga 3.
3.2 Membantu guru-guru asas dalam hal:
3.2.1 Mengenalpasti murid-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan sama ada di kelas biasa atau kelas khas.
3.2.2 Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahan-bahan pemulihan.
3.2.3 Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan khas.
3.2.4 Mengajar sebagai guru pembimbing untuk membantu guru mata pelajaran asas sekiranya keadaan memerlukan.
3.3 Berjumpa dan berbincang dengan guru , ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain yang boleh membantu untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, kesihatan dan keterangan lain mengenai latar belakang murid.
3.4 Melaksanakan penilaian dan merekodkannya secara berterusan untuk mengetahui prestasi murid-murid yang mengikuti kelas pemulihan. Isi-isi rekod hendaklah mengandungi:
3.4.1 Laporan prestasi murid.
3.4.2 Latar belakang murid.
3.4.3 Laporan kesihatan murid.
3.4.4 Hasil-hasil temubual dan rujukan
3.5 Menyediakan fail diri bagi setiap murid pemulihan. Fail diri murid mengandungi:
3.5.1 Borang Pencalonan.
3.5.2 Borang Latar belakang Murid Pemulihan.
3.5.3 Borang Pengumpulan Maklumat.
3.5.4 Ujian Saringan dan Diagnostik
3.5.5 Lembaran Kerja
3.5.6 Hasil Penilaian yang telah dijalankan.
3.5.7 Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid.
3.6 Membentuk jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
3.7 Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah di mana keadaan memerlukan.
3.8 Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajkan murid-murid pemulihan di sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan